Sabtu, 18 Julai 2009

Kesan Pemusnahan Hutan

Pembinaan empangan memerlukan pembersihan hutan yang luas tanpa kawalan. Seperti di Bakun dan di Tasik Chini telah memberikan kesan yang ketara dan dapat di lihat dengan jelas.

Contoh yang paling ketara adalah Empangan Bakun telah memusnahkan habitat semulajadi sebanyak 70,000 hektar yang sebesar Singapura. Contoh lain adalah Empangan Tasik Chini, Pahang juga membersihkan 60 hektar hutan yang ada.

Vagitatif ekosistem termusnah dan seterusnya memberikan kesan kepada hidupan. Habitat semulajadi terganggu dan menyebabkan organisma terpaksa mencari habitat yang baru ataupun terus pupus bagi kawasan tersebut.

Pembinaan empangan yang dijalankan pada 1995 di Timah-Tasoh, Perlis. Photo : WWFM / Salahuddin Yaacob. Duniaku WWF

Kepupusan dan gangguan flora dan fauna

Banyak flora dan fauna terancam. Masalah bertambah apabila hidupan ini telah terdedah kepada penyakit berjangkit.Masalah tebing pasir akan terhumbang semasa banjir menyebabkan kuanitinya semakin berkurang.

Contohnya kawasan pembiakan penyu air tawar telah terancam melalui situasi ini. Ini juga menghalang laluan penyu dan ikan air tawar dan seterusnya mengganggu tabiat pergerakkan dan pembiakan mereka.

Di Empangan Temenggor telah dikenal pasti masalah ini dengan bilangan ikan terubuk di Sungai Perak semakin berkurangan .Masalah lain adalah perpindahan hidupan dari kawasan hutan ke kawasan berkependudukan. Ini menyebabkan masalah kepada penduduk tempatan yang tinggal berdekatan. Contohnya adalah pembinaan Empangan Bakun.Flora biasa pupus tanpa mengetahui kajian yang mendalam. Masalah ini akan bertambah jika tiada kawalan dan tindakan diambil.

MASALAH ENTROPOGENIK

Masalah banjir biasanya berkait dengan berkait dengan sistem pengaliran yang kurang teratur. Tetapi ada punca lain yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya adalah kekurangan kawasan tadahan air dan sistem pembinaan empangan yang kurang teratur. Masalah kekurangan kawasan tadahan air di sekitar biasanya wujud. Ini kerana banyak kemusnahan hutan telah berlaku. Pendedahan tanah terbiar kepada hujan menyebabkan aliran air permukaan bertambah. Air ini tidak akan terserap kedalam tanah dan mengalir terus kedalam sungai. Seterusnya menyebabkan banjir berlaku di kawasan hilir sungai biasanya.

Selain itu, masalah tanah runtuh dan juga hakisan tanah akan berlaku. Seperti yang diterangkan tadi kawasan yang kurang tadahan air akan menyebabkan masalah ini berlaku.

Gambar semasa Tasik Kenyir sewaktu pembinaan telah memberikan impak yang besar terhadap persekitaran. Gambar ini diambil pada tahun 1995. Photo :WWFM/ Lena Chan .WWF Duniaku.

MASALAH PERUBAHAN MIKROCUACA PERSEKITARAN

Apabila tiada tumbuhan di sekeliling, kita akan rasa lebih panas di persekitaran kita. Situasi ini akan berlaku dengan kerata dan mempunyai bukti yang amat jelas. Haiwan berdarah sejuk biasanya akan merasakan perubahan ini secara mendadak.

Contoh ikan biasanya menukar habitatnya apabila keadaan persekitaran tidak sesuai lagi lebih-lebih lagi dalam perubahan suhu. Selain itu, ini boleh menyebebkan masalah penhijrahan haiwan dari kawasan hutan ke kawasan yang mempunyai penduduk.

MASALAH PENCEMARAN

Masalah yang biasa dihadapi dalam pembinaan empangan adalah pencemaran

a ) pencemaran air b ) pencemaran tanah

pencemaran ini wujud sebaik sahaja pembinaan dijalankan. Ini membawa kesan yang amat ketara bagi hidupan akuatik . Lebih-lebih lagi dikawasan hilir sungai membawa kesan buruk yang amat ketara malah menyebabkan komposisi mineral dalam air bertukar.

Pencemaran air

Biasanya sungai akan menjadi liat dan kelodak apabila hakisan tanah berlaku sewaktu pembinaan dan pelepasan air. Dari sini, air menjadi coklat menyebabkan masalah pertumbuhan tumbuhan akuatik berlaku.

Tetapi disebaliknya, sungai akan menjadi kekurangan mineral disebabkan masalah system aliran air sungai menjadi perlahan disebabkan penangkungan air. Kadar mineral dan oksigen semakin berkurangan.

Tambahan lagi masalah timbul apabila penduduk bercucuk tanam hasil pertanian mereka. Penggunaan pestisid tidak dapat dialirkan dan dikitarkan dalam sungai. Kadar pengunaan baja juga turut menjejaskan kualiti air apabila air dilepaskan dari empangan.

Pencemaran tanah

Masalah ini timbul apabila sisa pembinaan empangan yang tidak teratur. Selain itu, enapan tanih di kawasan hilir dan pemendapkan di tasik menyebabkan kawasan ini menjadi semakin cetek. Ini disebabkan masalah hakisan tanih yang di kawasan tebingnya dan masalah pembuangan sisa seperti kayu-kayu pembinaan, sampah dan bahan induk pembinaan.

Secara tidak langsung, hilir sungai menjadi semakin cetek begitu juga dengan tasik. Pencemaran ini menyebabkan masalah dan gangguan kepada hidupan. Ini juga menyebabkan masalah kepada penduduk juga.

Contoh yang jelas adalah Sungai Terengganu berpunca daripada masalah hakisan pantai yang amat serius di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Ini menyebabkan system pengangkutan yelah berkurang sbanyak 20 %.

KEMASUKAN AIR MASIN

Pembinaan empangan menyebabkan aliran air sungai di kawasan hilir menjadi perlahan. Aliran yang perlahan ini menyebabkan kemasukkan air masin secara perlahan-lahan dalam jangka masa tertentu.

Ini menyebabkan ekosistem akuatik menjadi tidak seimbang terutama di kawasan zon air tawar. Pembiakan ikan juga akan terjejas Ini juga menyebabkan pukulan ombak bertambah dan memecahkan pantai dengan lebih kuat. Tidak hairanlah air masin ini dapat menembusi jauh ke dalam sungai..

Bahan pencemar yang berkepekatan tinggi wujud apabila air masin ini masuk. Ini kerana pengaliran air sungai adalah perlahan untuk mencairkan kandungan yang terdapat di persisiran pantai ini. Ini membawa masalah kepada penduduk yang tinggal di sisni juga.Tetapi masalah ini haruslah mengambil kira juga saizdan kecerunan sesebuah sungai serta kemerosotan aliran air sungai.

KESAN MINERAL TANIH PERSEKITARAN

Tanih adalah bahan utama dalam pertumbuhan tumbuhan kerana terdat pelbagai mineral yang penting baginya. Tetapi setelah pembinaan ini berlaku, kandungan mineral tanih semakin terjejas tidak kira di darat ataupun di sungai.

Tanih akan terhakis menyebabkan kesuburan tanih semakin berkurangan. Mineral di sini dibawa turun oleh aliran air permukaan. Masalah bertambah apabila nineral ini tidak atau hanya sedikit sahaja yang terjerap masuk ke dalam tanih tersebut.

Tanih dalam sungai juga mengalami situasi yang sama.Tetapi kesemua kandungan mineral ini akan berkumpul di dalam empangan itu sendiri

Gambarajah di bawah menunjukkan keratan sebuah empangan dimana enapan sediment berlaku dalam empangan.


MASALAH KAUM ORANG ASLI

Pembinaan empangan ini memang membawa kesan kapada kaum orang asli. Banyak antara kaum ini hilang tradisi, budaya dan cara hidup terpaksa bertukar. Ini dikaitkan dengan sumber pendapatan mereka, tempat tinggal mereka dan ancaman lain seperti penyakit berjangkit.

Perjalanan hutan mereka juga terpaksa bertukar disebabkan masalah pembinaan empangan. Secara tidak langsung, mereka akan tersisih daripada tradisi mereka.

Dari segi, sumber mereka terancam. Masalah mencari makanan juga wujud. Contoh yang jelas adalah sumber protein mereka daripada hasil penangkapan ikan terjejas di Sungai Baloi, Sarawak yang berdekatan dengan Empangan Bakun.

Kegiatan perikanan di Sungai Balui yang semakin sedikit dan saiz ikan semakin kecil mengancam penduduk disini. Ini disebabkan masalah pembinaan Empangan Bakun.Photo: The Star ,Thursday, August 11, 1994


MASALAH PEMBAZIRAN WANG (EKONOMI )

Pembinaan empangan meperuntukan jumlah perbelanjaan yang banyak.Biasanya pembinaannya menemui kejayaan tetapi sesetengah darinya menghadapi masalah.

1 )Ti dak siap –

Projek meerlukan perbelanjaan yang berlebihan.Contohnya empangan Bakun , Sarawak.

2)Masalah timbul –

Kerajaan belanja untuk memperbaki ekosistem persekitaran.Contohnya Hakisan yang berlaku di Seberang Takir berhampiran Kuala Terenganu.

Usaha peneguhan dan pengorekan kawasan pantai untuk elakkan hakisan pantai berlaku telah menelankan belanja besar.

AIR BAWAH TANAH

Air berkumpul disekitar bawah tanah.Ini mengakibatkan tanah permukaan menjadi terlalu lembap, kerosakan dalam (agricultural lands), bandar dan jalan raya. Air bawah tanah kawasan lain menjadi kering kerana kurangnya aliran air bawah tanah ke kawasan tersebut.

Punca pemusnahan hutan

KITA sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung menikmati penambahan kemudahan infrastruktur.

Bagi kebanyakan kita mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita korbankan flora dan fauna di sekeliling kita bagi memberi laluan kepada pembangunan.

Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesies-spesies flora dan fauna yang semakin diancam kepupusan.

Selain itu, ancaman terhadap spesies-spesies flora dan fauna ini juga sebenarnya turut menjejaskan kitaran ekologi secara keseluruhan kerana kedua-dua unsur itu dan juga manusia sendiri adalah sebahagian daripada elemen yang perlu ada untuk mewujudkan keseimbangan semula jadi.

Jika kita kaji secara mendalam, punca masalah kemusnahan flora dan fauna ini adalah manusia sendiri.

Di bawah dikemukakan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini dengan tumpuan kepada masalah pemusnahan fauna.

Kemusnahan dan perubahan habitat

Seperti yang dinyatakan tadi, aktiviti-aktiviti manusia adalah punca utama kepupusan haiwan. Contoh aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan.

Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa tertentu.

Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup.

Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan.

Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini.

Pembakaran hutan

Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah.

Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya.

Pemburu haram

Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan negara ini juga adalah faktor kemusnahan habitat dan spesies haiwan.

Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini.

Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa menyebabkan haiwan-haiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Menurut kajian yang pernah dilakukan, daripada 10 haiwan yang diseludup, biasanya hanya seekor sahaja yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat.

Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini menggalakkan lagi pemburuan haram.

Menyedihkan juga kerana haiwan-haiwan daripada golongan primat seperti monyet dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan.

Dianggarkan hampir 200,000 primat digunakan setiap tahun untuk tujuan penyelidikan sehingga menyebabkan beberapa jenis primat hampir pupus kini.

Keperluan barangan berasaskan haiwan

Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum, walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa.

Harimau, memerang, paus, badak, dan gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut

Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.

Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Pencemaran

Pencemaran yang teruk menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan, terutamanya hidupan laut.

Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.

Beruang Panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

Perubahan suhu dunia

Faktor ini mungkin satu-satunya punca yang tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti manusia.

Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas.

Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini.

Punca berlakunya pemanasan global

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan di pelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.

  • Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
  • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
  • Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Gambar contoh pokok landskap




Jenis pokok landskap

RENEK

Tinggi : Kurang dari 5 meter Batang berkayu, Berdahan dan mempunyai ranting Contoh : Pokok bunga kertas, Pokok Bunga Raya, Pokok Ekor Kucing

NAUNGAN

Tinggi : Lebih dari 5 meter Berbatang tunggal kegunaan teduhan dan penahan angin Contoh : Semarak api, Bunga tanjung dan Tembusu

PALMA

Batang tunggal tidak bercabang diakhiri dengan sejambak daun Contoh : Rafis, Pinang Raja, Pinang Manila, Pinang Kuning

PENUTUP BUMI

Tinggi : Kurang 30 cm kebanyakan menjalar dan melata di permukaan tanah Contoh : ros jepun, alternathera, dan hemigraphis

RUMPUT TURF

Rumput yang di tanam di padang permainan, golf, pinggiran jalan dan di laman rumah Contoh : Axonopus, Bermuda, Zoysia, Serangoon dan St Augustine

HIASAN DALAMAN

Tumbuhan yang memerlukan teduhan dan lindungan dari pancaran cahaya matahari yang terik. Contoh: Anthurium sp. Caladium sp. Dieffenbachia sp. Begonia sp.

SEMUSIM

Tumbuhan yang hidup dalam jangkamasa yang singkat. mati selepas berbunga. Selalu digunakan untuk hiasan pentas. Contoh : Celosia sp, Tagetes sp. Marigold sp.

ORKID

Tumbuhan yang mempunyai akar udara. Contoh : Cattleya, Doritis, Oncidium, Arachnis, Vanda, Vandopsis dan Aerides

MEMANJAT DAN MENJALAR

Tumbuhan yang memanjat, melilit dan menjalar menggunakan tendril, pencangkuk atau akar yang mengeluarkan pelekat. Contoh : Nyonya makan sirih, Kembang pagi, ros jepun, bunga kertas dan petrea

KAKTUS

Hidup dikawasan kering dan panas. Contoh : Espotoa lanata, Cereus peruvanius dan Opuntia microdays.

LENDAIR

Tumbuhan yang tidak mempunyai tisu berkayu, sangat sensitif pada cahaya matahari yang kuat. Contoh : ati-ati, resam batu dan pilea

AKUATIK

Tumbuhan yang boleh hidup di dalam air. Contoh : Teratai, Kiambang dan Keladi bunting,

BONSAI

Tumbuhan yang dibantutkan Contoh: Pokok kesinai, juniper china dan santalia

Jumaat, 17 Julai 2009

Kumpulan pelajar hijau lestari

Ahli kumpulan kami terdiri daripada:
Nor Syafikah binti Azaha
Wan Nur Husna binti Wan Ibrahim
Nazatul Nazira binti Ahamed
Farah Syuhada binti Abdull Jalil